Thursday, December 18, 2008

PELAN GANJARAN DALAM VEMMA




PELAN GANJARAN Dwibarisan ( Dual Line Compensation Plan) berdasarkan konsep pembinaan dua pasukan yang mudah, iaitu satu pasukan kiri dan satu pasukan kanan. Oleh sebab anda hanya perlu membina dua pasukan sahaja, maka ia menjadi semakin menarik apablia ahli baru menyertai setiap pasukan dari barisan ke barisan dan membantu lebih ramai orang menikmati jumlah jualan dan mencipta lebih penjanaan (leverage) dalam pelan ini. Ini akan membolehkan anda memperolehi komisen bukan sahaja atas jualan peribadi sahaja tetapi juga atas jualan orang lain di bawah barisan anda, tanpa kira siapa yang mencapai jualan itu, walaupun mereka diletakkan di bawah barisan anda oleh upline anda!

Apabila anda menjadi seorang Ahli dan mengadakan pesanan Autoship untuk sekurang-kurangnya satu Program Pemakanan Vemma, anda akan menerima satu Pusat Perniagaan Vemma (VBC) dan laman web pemasaran percuma dengan serta merta. Anda akan diletakkan secara automatik dalam salah satu daripada dua kumpulan Pendaftarl (Enroller) anda. Kemudian, anda boleh menumpu perhatian untuk membina satu atau kedua-dua kumpulan anda dan menikmati komisen limpahan Ahli Baru dan Pelanggan yang didaftar oleh upline anda!
Apa yang hebat sekali ialah Pelan Ganjaran Vemma membayar komisen kepada Ahli pada setiap minggu supaya anda berpeluang menerima bayaran anda pada setiap minggu. Pesanan Autoship akan mengaktifkan keahlian anda selama lima minggu; iaitu pada minggu anda mengadakan pesanan dan empat minggu berikutnya.

Pelan Ganjaran Dwibarisan yang unik memberikan tiga cara kepada anda untuk mencapai pendapatan seperti berikut:
- Pendapatan Pembinaan Kumpulan ( Team Building Income)
- Pendapatan Runcit (Retail Income)- Dana Bonus Global (Global Bonus Pool)

1. Pendapatan Pembinaan Kumpulan (Team Building Income)
Pendapatan Pembinaan Pasukan dicapai dengan mempromosikan peluang Vemma. Untuk membolehkan keahlian anda layak memperolehi pendapatan ini, anda hanya perlu menyertai program Autoship kami bagi sekurang-kurang satu Program Pemakanan Vemma (60QV) dan melayakkan keahlian anda dengan mengadakan satu Ahli Vemma yang aktif di kumpulan kiri dan satu lagi di kumpulan kanan anda. Ahli-ahli aktif di kedua-dua kumpulan kiri dan kanan mesti mempunyai pesanan minimum sebanyak 60QV tetapi mereka tidak diwajibkan untuk mempunyai keahlian yang layak.

Bonus berikut merupakan berbagai-bagai pendapatan Pembinaan Pasukan yang anda layak perolehi!

Instant Sponsor Bonus (Bonus Penaja Segera):
Hanya untuk jualan pertama, Penaja Upline Terus akan menerima Instant Sponsor Bonus sebanyak USD$4 atas pembelian Ahli baru mereka, termasuk pembelian Family Pack. Pesanan berikutan akan dibayar dalam bentuk Cycle Bonus yang sedia ada. Bonus ini tidak memerlukan ahli yang aktif atau kelayakan keahlian. Namun demikian, seseorang Ahli perlu membuat sesuatu pesanan pada satu ketika. Bonus ini akan dibayar kepada setiap Ahli sekali sahaja dalam hidupnya.

Fast Start Bonus (Bonus Permulaan Cepat):
Pesanan Sebanyak 60QVPendaftar yang layak akan menerima Fast Start Bonus atas pesanan pertama daripada ahli-ahli yang didaftar oleh mereka sendiri. Pendaftar layak mendapat USD10 dolar atas 1 Pak; USD20 atas 2 Pak. Untuk memperolehi Bonus Permulaan Cepat anda hendaklah menjadi ahli aktif dengan pesanan sebanyak 60QV



Sebagai Pendaftar, anda akan menerima Consistency Bonus seperti berikut atas setiap pesanan yang dibuat oleh ahli yang anda daftarkan; USD$3 Consistency Bonus (satu program Pemakanan Vemma); USD$6 Consistency Bonus (dua program Pemakanan Vemma), selagi anda menjadi ahli aktif dengan 120QV dan layak dalam keahliaan anda. Mana-mana Consistency Bonus yang dijanakan tetapi tidak layak diterima oleh Pendaftar berkenaan akan ditambah kepada jumlah nilai kitar mingguan

Cycle Bonus (Bonus Kitar):
Pada hujung setiap tempoh jumlah jualan (mingguan), komputer Vemma akan menyemak kumpulan kiri dan kanan anda dan jika terdapat tiga jualan (180QV) dalam satu kumpulan dan enam jualan (360QV) dalam kumpulan lain, maka anda akan layak menerima Cycle Bonus berjumlah kira-kira USD$25 . Anda boleh menerima Cycle Bonus dengan banyak kali dalam satu tempoh masa yang sama! Tetapi anda mesti pada keadaan aktif dan layak dalam keahlian anda.
Untuk memastikan akan mendapat bonus yang paling tinggi, Vemma akan mencampurkan wang sebanyak 50% daripada yang diborongkan kepada Dana Kitar pada setiap minggu.
Cycle Bonus bagi setiap keahlian tidak dihadkan dan baki jualan yang belum dibayar sebagai Cycle Bonus kepada ahli yang aktif tidak akan dibatalkan. Setiap jualan 2 Pek akan dikira sebagai dua jualan Cycle Bonus. Setiap jualan Pak Family akan dikira sebagai empat jualan dan setiap jualan Pak Super Family akan dikira sebagai enam jualan.

Anda tidak akan layak untuk menerima pendapatan sehingga anda telah melayakkan keahlian anda dengan mempunyai seorang ahli Vemma aktif dalam kumpulan kiri dan seorang lagi di dalam kumpulan kanan anda yang anda memperkenalkannya sendiri. Namun demikian, mana-mana jualan yang dicapai oleh kumpulan anda TIDAK akan dibatalkan dan akan disimpan sehingga anda melayakkan keahlian anda selagi anda menjadi Ahli yang aktif.
Jika anda tidak layak dalam mana-mana minggu, maka jualan dari minggu tersebut tidak akan dikumpulkan. Jika anda tidak aktif dalam 4 minggu secara berturut-turut, maka mana-mana jualan minggu yang terkumpul akan dibatalkan. Jika anda tidak aktif dalam 24 minggu berturut-turut maka keahlian anda akan ditamatkan.

Enroller Matching Bonus (Bonus Sepadan Pendaftar):
Bonus ini membolehkan anda layak menerima 10% Enroller Matching Bonus atas Cycle Bonus Ahli-Ahli yang didaftar oleh anda sendiri. Untuk layak menerima Enroller Matching Bonus ini anda hanya perlu menambah pesanan Autoship bulanan anda sendiri kepada dua Program Pemakanan Vemma (120QV) dan mempunyai empat orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftarkan sendiri. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Dua orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.

Second Tier Matching Bonus (Tahap Kedua Bonus Sepadan):
Anda bukan sahaja dapat memperoleh keuntungan daripada mereka yang anda daftarkan, tetapi anda juga layak menikmati 10% bonus sepadan atas Cycle Bonus seluruh Ahli yang anda daftarkan sendiri. Jika pesanan Autoship peribadi anda terdiri daripada dua Program Pemakanan Vemma dan anda mempunyai enam orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftar sendiri, maka anda akan layak untuk menerima bonus ini. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Empat orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.


Pemampatan:
Jika Pendaftar tidak layak untuk mendapat Matching Bonus atau Second Tier Matching Bonus, maka upline Pendaftar pertama yang layak akan menerima Enroller Maching Bonus. Second Tier Matching Bonus akan diserah kepada upline Pendaftar seterusnya yang layak. Enroller Matchning Bonus dan Second Tier Matching Bonus tidak akan dimampatkan kepada orang yang sama


2. Pendapatan Runcit (Retail Income)
Bonus KonsumerPendaftar boleh mendapat bonus konsumer atas pembelian produk daripada konsumer yang diperkenalkan oleh mereka. Peruntukan bonus konsumer bagi Taiwan dan Malaysia adalah 20% daripada harga ahli atas penempahan pertama dan seterusnya.


3. Dana Bonus Global (Global Bonus Pool)
3% daripada keseluruhan jualan Vemma akan diperuntukkan sebagai bonus kumpulan global yang berlangsung setiap 12 minggu bagi menggalak pembinaan pasukan dan kerjasama sesama pemimpin. Untuk melayakkan diri kamu menerima semua syer daripada bonus ini, bilangan Bonus Kitar anda mesti mencapai atau melebihi syarat kitaran tertentu seperti yang ditunjukkan di bawah. Setiap pangkat yang kamu tercapai dan berkelayakan menerima bonus juga menghakkan kamu menerima satu syer daripada pangkat yang sebelumnya. Ini membolehkan kamu berpeluang untuk menerima sebahagian syer daripada pangkat lain.



KEMBALI KE MUKA DEPAN